WELCOME TO OUR BLOG 欢迎来到我校部落格 PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI 大同学校推行素质教学管理,以达致国家教育目标。

Countdown UPSR 2014

27 April 2013

Buku Panduan Sarana Sekolah

Sarana Sekolah

Sarana : (Segala) sesuatu yang dapat digunakan sebagai alat dan sebagainya untuk mencapai atau melaksanakan sesuatu.
- Kamus Dewan Edisi Keempat

Sarana Sekolah merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan sekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara yang tercinta : M A L A Y S I A

Hasrat

Malaysia berhasrat untuk mempunyai sistem pembelajaran yang dapat meningkatkan kejayaan murid. Hasrat ini lebih mudah dicapai apabila semua pihak termasuk sekolah, ibu bapa serta ahli komuniti bersatu dan menyokong satu matlamat – membantu murid berjaya.

Peranan ibu bapa dalam membantu pembelajaran anak di rumah tidak dapat dinafikan. Kajian menunjukkan apabila ibu bapa terlibat sama, sekolah dapat manfaat berikut :
  • keyakinan guru meningkat
  • pencapaian murid meningkat
  • ibu bapa merasa mereka sebahagian dari sekolah dan lebih menyokong program sekolah
  • kes disiplin dalam kalangan murid berkurangan
  •  
  • hubungan lebih baik antara pentadbir, guru dan ibu bapa

Tujuan

Sarana Penglibatan Sekolah dengan Ibu Bapa dan Komuniti bertujuan memperkenalkan sekolah kepada enam (6) elemen yang akan menyokong Sistem Pembelajaran. Elemen-elemen tersebut, apabila dilaksanakan dengan sempurna akan meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak mereka dan juga penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan sekolah.

6 elemen yang menyokong sistem pembelajaran:
  • Iklim sekolah
  • Komunikasi berkesan
  • Sokongan terhadap kejayaan murid.
  • Tanggungjawab bersama
  • Keputusan bersama
  • Kerjasama dengan komuniti.

Rakan Kongsi Sekolah

Dalam merangka program bagi melaksanakan elemen-elemen yang menyokong pembelajaran, sekolah perlu bergabung dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) / Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) / alumni serta ahli komuniti setempat kerana semuanya merupakan rakan kongsi dalam mencemerlangkan murid.
Sila rujuk kepada Buku Panduan Sarana Sekolah di bawah untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, demi kecemerlangan dan kejayaan anak-anak pelajar:

No comments: